Soalan Lazim
Untuk Pencerahan Dan Makluman
Soalan Lazim
JEMANIS adalah nama produk buah nanas dari varieti Jambul Emas A18 (AC15). Buah ini telah di daftarkan di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia di atas ckod varieti AC15 dan bernama Jambul Emas A18.
Varieti ini berkemungkinan besar berasal dari Taiwan akan tetapi benihnya dibawa masuk dari sebuah neagara lain (bukan dari negara jiran (seperti yang diviral kan di media sosial). Ianya kemudian telah cuba ditanam di beberapa tempat di negara kita. dan kami dapati ianya sangat sesuai dan mengeluarkan buah premium yang sangat sedap.
Di Malaysia, Ianya mula ditanam di sebuah daerah di Negeri Sembilan.
Ianya adalah jenis baka semulajadi (inbreed) iaitu terhasil dari proses pendebungaan alam semulajadi dan bukan baka yang di hasil atas ujikaji makmal.(hybrid).
Kami baru melakukan penanman selama dua tahun lebih dan masih giat membuka ladang-ladang baru untuk meningkatkan pengeluara buah dan juga benih.